Saturday 1 December 2012

SIHAT SEPANJANG HAYAT


KEM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN AL-MUKTAFI BILLAH SHAH 


ANJURAN BERSAMA  PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN AMBS,  RUMAH   EHSAN AL-MUKTAFI BILLAH SHAH  & PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN     PADA 20 DEC 2012



Sebagai nadi penggerak dan agen perubahan dalam membantu mencapai matlamat ’Kesihatan Untuk Semua’, Panel Penasihat Klinik Kesihatan AMBS berhasrat mengadakan Kem Kesihatan Anjuran Panel Penasihat Kesihatan KK AMBS untuk mempromosikan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti dan berkesan di Klinik  Kesihatan AMBS melalui  penglibatan  aktif  Panel  Penasihat dan ahli masyarakat yang berpotensi di dalam usaha untuk memperkasakan taraf kesihatan Warga Tua.


Tahap kesihatan Warga Tua boleh dikaitkan dengan ciri-ciri khusus seperti berikut

Lebih kemungkinan untuk mengalami pengurangan ketajaman deria
Lebih cenderung untuk mengalami masalah kesihatan
Mengambil masa yang lebih untuk sembuh dari penyakit
Berkemungkinan untuk hidup lebih lama dari apa yang mereka jangkakan, dengan itu lebih berkemungkinan untuk mengalami pelbagai ketidakupayaan dalam jangkamasa tersebut
Memerlukan penjagaan lain selain dari penjagaan kesihatan


  Tujuan :

Tujuan kertas kerja ini adalah bagi mendapat kelulusan dan peruntukkan bagi menganjurkan Program berkaitan Warga Tua  Anjuran Panel Penasihat Kesihatan KK AMBS di kalangan  masyarakat setempat di Al - Muktafi Billah Shah


OBJEKTIF


Objektif Umum:


Untuk mencapai tahap kesihatan yang optima bagi Warga Tua melalui perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya yang menyeluruh dan bersepadu.



Objektif Khusus:


a. Memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan pentingnya penjagaan kesihatan Warga Tua
b. Menggalakkan penyertaan Warga Tua dalam aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang hayat.
c. Mempromosikan penjagaan kesihatan Warga Tua dikalangan masyarakat  bagi memastikan Warga Tua dapat mencapai  tahap hidup yang lebih berkualiti.
d. Mempromosikan senaman dan gaya hidup aktif sebagai sebahagian dari gaya hidup harian bagi Warga Tua.
e. Memberi kesedaran berkaitan amalan pemakanan yang betul dan perancangan menu sihat untuk Warga Tua
f. Menyampaikan pengetahuan terkini berkaitan pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronari, diabetes, hypercholestrolemia, stroke dll.
g. Menjalankan aktiviti penyaringan penyakit-penyakit kardiovaskular dan diabetes untuk memberi  kesedaran awal kepada komuniti akan pentingnya pemeriksaan berkala.
h. Mendapatkan data morbidity penyakit dikalangan wargatua










Strategi :


Memberikan maklumat berkaitan status kesihatan peserta, maklumat penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat, pemakanan, senaman dll melalui dengan ceramah, pameran kesihatan dan kuiz.
Mengadakan pemeriksaan kesihatan yang berkaitan dengan faktor risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes seperti ujian darah paras glukosa, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan indeks jisim tubuh dan peratus lemak dan juga sesi kaunseling .
Mengadakan pemeriksaan pergigian percuma kepada masyarakat setempat.