Friday 1 April 2011

GOTONG ROYONG PENCEGAHAN DENGGI TAMAN INDAH




                Bandar Al Muktafi Billah Shah :Jumaat 1 April  2011. satu program gotong-royong Pencegahan Dengggi   telah diadakan di Taman Indah . Program yang dianjurkan bersama KETENGAH , Klinik Kesihatan AMBS , Panel Penasihat , BOMBA AMBS , JKKK , PAS diadakan serentak di seluruh Taman
Lebih 100 orang penduduk taman berkumpul di Perkarangan Masjid Lama AMBS seawal jam 8.00 pagi . . Bagi memudahkan penyelarasan program penduduk telah dibahagikan kepada 3 bahagian,    Perkarangan Masjid , Sebahagian di dalam taman mainan Kanak-kanak Taman Indah  dan  Sebahagian membersih  di di Tadika Yayasan Islam dan Tadika Kemas .
. Program bermula jam 8.30 pagi dengan Taklimat Pencegahan Denggi oleh En Pengerusi Panel Kesihatan AMBS dan selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh JKKK semua bergerak keseluruh kawasan kampung yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Disamping itu terdapat pameran kesihatan berkaitan dengan panduan ,  pencegahan dan Info berkait    dengan di Aedes dan Denggi . Pihak kawalan vektor membuat pemeriksaan di rumah-rumah bagi membimbing penduduk Taman membuat kawalan pencegahan .
Program ini tertumpu kepada kawasan rumah dan tempat-tempat awam yang menjadi  tempat pembiakan nyamuk Aedes. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dikalangan masyarakat dengan menyemai sikap tanggung-jawab bagi memastikan kawasan rumah dan kampung sentiasa bersih dan bebas dari wabak penyakit Denggi.
Disamping itu juga ianya mendidik ahli masyarakat agar sensitif  dengan bahaya denggi  dan juga sebagai penghubung  antara kakitangan Klinik Kesihatan , AJK Panel dengan masyarakat setempat.
Sebelum itu pada 28 mac ,sebanyak 300 surat edaran , flyer , Ubat jentik-jentik dan bag plastik telah diedarkan kepada semua rumah siseluruh Tama Indah .
Rata-rata berpuas hati dan mengucapkan shabas kepada pihak Panel kerana berjaya menganjurkan program pada kali ini..






 


No comments:

Post a Comment